Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

atas nama 3 perkara...





salam pagi Jumaat buat semua..pagi yang indah marilah bersama-sama kita muhasabah diri kita..
mengambil kata2 seorang rakan di FB..
mati itu pasti,yang tidak pasti itu ibadah dan amal kita..
adakah ia benar2 cukup untuk dijadikan bekalan apabila kita mati...

dan hari ini saya ingin berkongsi nasihat seorang ustaz:
jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kamu. Tiga perkara itu adalah waktu solat, waktu makan dan waktu tidurmu.
 
Atur solat demi kesihatan jiwa mu.
Atur makan demi kesihatan badan mu.
Dan atur tidur demi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mentalmu
 
pagi ini.mari kita check balik diri kita..
 adakah betul aturan hidup kita mengenai tiga perkara ini..
pertama,tentang solat
teringat kembali ketika zaman sekolah..cikgu mesti bertanya di dalam kelas;
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
 pada masa itu ramai yang mengaku kerana selalu tidur awal jadi tertinggal isyaknya
ataupun terbangun lambat,hilang subuhnya..
itu cerita zaman masa kanak2..
bagaimana dengan sekarang..masing2 sudah meninggalkan rumah dan tinggal di kolej ,asrama atau seumpamanya
tiada bebelan emak,ibu atau ummi untuk mengejutkan kita untuk bangun subuh
tiada siapa yang mengingatkan kita untuk solat bila tiba waktunya..
semuanya terpulang kepada diri sendiri..
tepuk dada tanya iman..adakah cukup solat kita lima waktu setiap hari..
kedua,tentang makan
 mengambil pengajaran mealui pengalaman sendiri..
jangan jadikan kesibukkan sebagai alasan 
akhirnya kesihatan diri sendiri terjejas
adalah penting untuk kita mengambil makanan yang seimbang
dan juga jangan lupa mengambil sarapan pagi 
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
  akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


ketiga,tentang tidur
  sememangnya tidur juga satu keperluan buat kita..
sama seperti makanan,pakaian dan sebagainya..
tidur juga perlu cukup agar badan dan otak kita dapat berehat..
tapi awas,buruk padahnya jika terlebih tidur..
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi 
masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati
pandai2lah uruskan masa dan waktu tidur..
di musim peperiksaan ini,saya ingin mengingatkan kawan2
 
 tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal
alhmadulillah,saya memiliki seorang mak yang sangat prihatin dan tegas dalam mendidik
sejak dari kecil,saya dan abang dididik agar tidak tidur balik lepas subuh..
mak selalu cakap:
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
cuba tengok abah pagi2 da keluar ,susah payah cari rezeki,anak2 kat umah  tidur lagi..
 
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (HR Al-Baihaqi)
 
 Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
 

 Jadi ,jangan tidur lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh..secara jujurnya,saya tidak gemar untuk stay up..bagi saya,malam itu untuk tidur..
waktu siang untuk bekerja..jangan jadi kelawar..
siang tidur,malam berjaga..

No comments:

Post a Comment