Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

atas nama 3 perkara...





salam pagi Jumaat buat semua..pagi yang indah marilah bersama-sama kita muhasabah diri kita..
mengambil kata2 seorang rakan di FB..
mati itu pasti,yang tidak pasti itu ibadah dan amal kita..
adakah ia benar2 cukup untuk dijadikan bekalan apabila kita mati...

dan hari ini saya ingin berkongsi nasihat seorang ustaz:
jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kamu. Tiga perkara itu adalah waktu solat, waktu makan dan waktu tidurmu.
 
Atur solat demi kesihatan jiwa mu.
Atur makan demi kesihatan badan mu.
Dan atur tidur demi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mentalmu
 
pagi ini.mari kita check balik diri kita..
 adakah betul aturan hidup kita mengenai tiga perkara ini..
pertama,tentang solat
teringat kembali ketika zaman sekolah..cikgu mesti bertanya di dalam kelas;
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
 pada masa itu ramai yang mengaku kerana selalu tidur awal jadi tertinggal isyaknya
ataupun terbangun lambat,hilang subuhnya..
itu cerita zaman masa kanak2..
bagaimana dengan sekarang..masing2 sudah meninggalkan rumah dan tinggal di kolej ,asrama atau seumpamanya
tiada bebelan emak,ibu atau ummi untuk mengejutkan kita untuk bangun subuh
tiada siapa yang mengingatkan kita untuk solat bila tiba waktunya..
semuanya terpulang kepada diri sendiri..
tepuk dada tanya iman..adakah cukup solat kita lima waktu setiap hari..
kedua,tentang makan
 mengambil pengajaran mealui pengalaman sendiri..
jangan jadikan kesibukkan sebagai alasan 
akhirnya kesihatan diri sendiri terjejas
adalah penting untuk kita mengambil makanan yang seimbang
dan juga jangan lupa mengambil sarapan pagi 
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
  akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


ketiga,tentang tidur
  sememangnya tidur juga satu keperluan buat kita..
sama seperti makanan,pakaian dan sebagainya..
tidur juga perlu cukup agar badan dan otak kita dapat berehat..
tapi awas,buruk padahnya jika terlebih tidur..
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi 
masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati
pandai2lah uruskan masa dan waktu tidur..
di musim peperiksaan ini,saya ingin mengingatkan kawan2
 
 tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal
alhmadulillah,saya memiliki seorang mak yang sangat prihatin dan tegas dalam mendidik
sejak dari kecil,saya dan abang dididik agar tidak tidur balik lepas subuh..
mak selalu cakap:
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
cuba tengok abah pagi2 da keluar ,susah payah cari rezeki,anak2 kat umah  tidur lagi..
 
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (HR Al-Baihaqi)
 
 Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
 

 Jadi ,jangan tidur lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh..secara jujurnya,saya tidak gemar untuk stay up..bagi saya,malam itu untuk tidur..
waktu siang untuk bekerja..jangan jadi kelawar..
siang tidur,malam berjaga..

Wednesday, December 28, 2011

preparing for final exam..

my university life...
as exam is just around the corner
btw, I have not started on anything yet. But I am all prepare with notes and books..
It is wise to remember that exams are not here as punishment. Instead, they are a good way of testing to see how much information you have learned.


secara jujurnya ,saya bukan jenis orang yang study hard...
saya tak suka paksa2 diri untuk stay up sampai tengah malam..itu bukan cara saya
What's the point of studying when your mind can't take it through. Pushing myself won't give me any sort of benefit at all.
kalau saya penat dan mengantuk,saya akan tidur.. sebab saya rasa saya tak akan faham atau hafal apa2 pun kalau otak saya penat..
tapi..lain orang lain cara..jadi,terpulang kepada anda..ikut keselesaan diri sendiri okay..
cara saya..lebih baik tidur awal ..tidur cukup2 dulu,
bagi otak dan badan rehat puas2..
kemudian,bangun awal untuk study...

berbalik dengan kejadian siang dan malam..
saya ambil kata2 daripada Ustaz Pilihan Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari 
Kejadian siang malam pasti berlaku setiap hari .Siang untuk bekerja malam pula untuk berehat .Begitulah cantiknya susunan nikmat Allah S.W.T kepada hambanya..
kejadian ini membolehkan manusia menjalani kehidupan yang sempurna..
lebih indah lagi kalau kita dapat bangun awal dan sebelum start study kita buat Qiamullail..
sebab bukan mudah untuk kita melaksanakannya...
kerana agak susah untuk memaksa diri untuk bangun di pertengahan malam..
tapi ingat antara waktu yang terbaik untuk berdoa adalah  sepertiga malam
Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).

jadi,bila da dekat nak exam ni..jangan ingat nak study jer..
jangan jadikan study sebagai alasan untuk lambat solat dan tiada masa untuk beribadah kepada Allah..
jangan disebabkan kerana peperiksaan,kita semakin jauh daripada Allah..
apa yang sepatutnya.. lagi kita nak berjuang,semakin dekat peperiksaan..semakin kita dekat dengan Allah..

gud luck for final exam

ingat: DUIT (doa,usaha,istiqamah dan tawakal)

final exam saya start 4 januari..tolong doakan kejayaan saya...



Friday, December 16, 2011

coretan hati

speechless..terasa susah untuk memulakan ayat..
da lama benar x tulis entry untuk blog ni..
serius..2-3 minggu ni tersangat sibuk dengan test,assignment..
dan sebagai seorang pelajar tidak boleh untuk merungut..=))
sememangnya sudah lumrah hidup seorang pelajar begitu..
alhamdulillah..minggu ni pun da bebas dari demam yang melanda..
tp ksian,ade 2-3 orang classmates yang still demam dan terpaksa amik test dalam keadaan yang x sihat..
sabar ye kawan2,,itu semua dugaan..itu juga tanda Allah sayang kat kita..

dan kesempatan hari Jumaat ini..
dalam kesenangan dan kelapangan..
tiba2 aku terase rindu ..
rindu akan kenangan mase duduk kolej dan juga kenangan zaman sekolah..
zaman kegemilangan kripton dkat bumi intesaber...



kenangan masa duduk kolej melati mase part 1...


bila da nak dekat final exam ni..tiba 2 teringat mase part1 dulu..
kat bilik ni la
kitorang ramai2 study..meja tu banyak jasa kat aku..
dan bila tengok katil tu..itula hadiah kitorang dapat untuk bilik tercantik..
emm,NR x nak buat ke pertandingan rumah sewa tercantik????
 
kenangan di INTESABER bersama KRIPTON
 
Aku memang bersyukur sebab dapat menikmati keindahan hidup sebagai salah
seorang intesaberian..
teringat lagi masa tahun 2003..lepas dapat tawaran SBP..
aku menangis sebab dpt tawaran ke SBPI SB..
sebab mase tu aku ingat aku nak masuk 'sekolah' tu je..x boleh mention kat sini..
yang aku sedihnya..x de sorang pun kawan2 baik kat sekolah rendah dpt sekolah yang sama..
siap aku telefon cikgu  kelas aku darjah enam untuk tanya pendapat dia..
ingat lagi Cikgu Liza cakap,kalau da nama sekolah SBP..mestilah bagus..
ok..aku terima statement tu..
mungkin sudah tertulis untuk aku menjalani 5 tahun kehidupan di bumi intesaber..
alhamdulillah,akhirnya aku jatuh cinta dengan sekolah ini..
banyak pengalaman baru aku dapat ..
mungkin,kalau aku tolak tawaran ni,aku tergolong dalam kalangan orang yang rugi..
warden2 bukan sekadar menjaga kebaikan kami,tapi mereka sangat bertanggungjawab mengajar
kami tentang kehidupan sebenar..bukan sekadar duniawi semata-mata..
guru2 yang berdedikasi..tidak jemu untuk mengajar kami dari siang sampai ke malam..
dan di bumi intesaber juga aku belajar
untuk dipimpin dan memimpin..
kerana matlamat sekolah SBP adalah untuk melahirkan pemimpin..
kenangan bersama kripton tidak akan aku lupakan..
 
 


banyak yang aku telah aku pelajari..
belajar bagaimana untuk bekerjasama dalam satu organisasi..
belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain..
belajar bagaimana melaksanakan sesuatu event..
dan banyak lagi..

akhir kata:
pengalaman adalag guru terbaik buat kita
apa yang baik kita jadikan panduan
apa yang buruk itu kita jadikan sempadan..