Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

THAT'S MY STORY

'assalamualaikum...
sedar x sedar,da 3 minggu aku lalui untuk sem baru..
jelas kan yang waktu itu bergerak terlalu pantas
terlalu pantas sehingga tanpa kita sedari terlalu banyak perkara yang telah berlaku..
jadi,setelah bercuti sakan selama 4 bulan..
sudah tertentunya terlalu banyak cerita di hati ini untuk dikongsi..

harap2 cuti kita semua telah diisi dengan sebaik-baik pengisian..
maklumla,tahun ni kita berpeluang untuk menyambut bulan ramadhan dan syawal
secara tenang.senang dan lapang..

alhamdulillah,bagi aku kesempatan bercuti panjang ni memberi seribu pengertian buat aku..
banyak pengalaman dan ilmu baru yang aku telah pelajari dan perolehi
sebenarnya, aku ingatkan cuti  panjang ni akan membebankan aku
mulanya aku dapat rasakan yang hidup aku akan kebosanan terperuk duduk di rumah
but...always expect the unexpected...
memang x sangka..
aku dapat menghayati ramadhan yang lalu dengan sesuatu yang baru dalam hidup ini
siapa sangka dari sekecil-kecil idea,alhamdulillah aku dan rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan satu program yang mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat..
betul la,jika kita permudahkan jalan menuju Allah..Allah mudahkan jalan kita..
alhamdulillah,usaha kami untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid dipermudahkan olehNya..



untuk melaksanakan sesuatu program seperti ini bukanlah mudah buat kami
maklumla sebahagian besar daripada kami masih belajar sama ada di universiti mahupun sekolah
terlalu sedikit pengalaman dan ilmu untuk kami sumbangkan dalam melaksanakan program seperti ini
namun atas usaha dan kerjasama  yang kuat daripada setiap ahli organisasi menjadikan program kami ini   sesuatu yang luar biasa
dan program ini kami jadikan landasan dalam mempraktiskan segala ilmu yang telah dipelajari
dalam menyumbangkan khidmat terhadap masyarakat sekeliling kami

alhamdulillah,kerana program ini
aku dapat rasakan ilmu yang aku pelajari bukanlah semata-mata untuk final exam
bukan semata-mata untuk mengejar segulung ijazah
terasa sangat puas bila sesuatu yang kita usahakan menampakkan hasil


 dan apa yang aku pelajari daripada program ini
lakukan sesuatu itu dengan sedaya upaya kita
memang kita tidak mampu untuk membantu dengan wang ringgit
tetapi pelbagai cara lain ada untuk kita membantu mereka

alhamdulillah,kami diberi kepercayaan untuk menyampaikan sumbangan
zakat perniagaan sebuah syarikat

kedua,gembirakanlah orang lain sepertimana kita mahukan orang lain menggembirakan kita
atau kata lain ....treat people the way you want to be treated
insyaAllah,kalau kita layan orang lain baik2..
orang lain pun akan layan kita baik2..
apabila kita gembirakan orang lain,kita pun directly akan gembira..


memang teruja apabila melihat adik-adik yang terlibat gembira dan berpuas hati dengan apa yang kami kongsikan bersama mereka..

dan paling bermakna apabila dapat bergaul mesra dengan teman2 dan adik - adik ini
secara jujurnya,aku kurang mengenali mereka sebelum ini
atas sebab kurangnya pergaulan aku dengan mereka
alhamdulillah,program ini memjadi medium untuk kami mengeratkan silaturrahim antara kami

semoga dalam setiap perkara yang kita lakukan itu akan memberikan pulangan yang lumayan kepada kita..
laksanaka sesuatu itu dalam mencari keredhaan yang Maha Esa..
fikirkan apa yang kita ingin sumbangkan kepada orang lain,bukannya fikirkan apa yang kita akan dapat daripada orang lain..








Wednesday, September 28, 2011

congrats my brother




sabtu lepas,24 september hari paling bermakna buat kami sekeluarga
alhamdulillah,abang aku da konvo..
tercapai jugak impian abang nak pakai jubah kan..
tahniah,abang..
you have made us proud..

just simple wishes 

congrats..
but this is just beginning
you are a star in making...
shine on!!!

semoge cepat dapat kerja..



 maaf..x dapat bagi bunga seperti yang dijanjikan..
bunga daisy kira ok kan..
hehe..kredit untuk usu yang pilih bunga tu..


dan disebabkan hari tu sidang pertama utk konvokesyen ukm..jadi,dapat la tengok penerima2 anugerah  untuk master dan Phd sekali...
maka,pada hari itu tanpa disangka dapat tengok  my lecturer punye konvo jugak..
congrats,dr.syahira..
mula2,time tgk kat atas pentas rase macam kenal je..
nasib baek ade slide yang tunjuk nama si penerima anugerah..
konfem,dr,syahira..

akhir kata,semoga aku juga akan mengikut jejak mereka..
amin....



wajah baru

huhu..setelah sekian lame menyepi...
muncul kembali dengan wajah yang baru..
hah,macam nak buat iklan pulak..
serius,memang rindu sangat ngan blog ni..
tapi bila da cuti,rase macam  x de idea nak menulis dan halangan2 pun banyak..
insyaAllah , klau ade mase akan ku tulis juga kenangan 2 itu..

sekarang,langkah pertama untuk memeriahkan balik blog ni
aku wat design baru untuk header
cantik x??? haha..simple sgt kan
x pe,itu yang aku suka...