Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 2, 2011

learn something new every day

 alhamdulillah...selesai sudah menghadiri modul kedua..
untuk pengetahuan semua,
sebagai pelajar UiTM kami dikehendaki menghadiri 
LDK(latihan dalam kumpulan) ini satu sesi setiap semester
mungkin LDK ini diamalkan juga di IPTA dan IPTS yang lain..itu saya tidak pasti..
lain universiti,mungkin berbeza caranya..
tapi,bagi kami...ia adalah WAJIB..
wajib untuk melengkapkan kesemua modul disediakan..

tapi bagi saya ia bukan sekadar kewajipan sebagai seorang pelajar semata-mata..
LDK ini banyak memberikan pengetahuan baru kepada saya..
dan kerana modul kali ini saya  baru sedar yang betapa 
berTUAH dan BESARnya tanggungjawab saya sebagai pelajar UiTM
sememangya sebagai pelajar UiTM kami bertuah..
bertuah sebab yuran pengajian kami sangat murah berbanding IPT yang lain
tetapi saya tidak sedar berapa banyak duit rakyat yang telah saya gunakan 
untuk menampung separuh daripada yuran pengajiansaya selama ini
maka ,besar tanggungjawab saya dalam memegang amanah rakyat
mungkin saya tidak tahu duit individu mana yang telah saya gunakan
tapi saya tahu yang saya ada tugas besar yang akan menanti
saya perlu menyumbang dan memberi sumbangan kepada masyarakat..

dan di sini saya nak berkongsi salah satu aktiviti yang terdapat dalam modul ini
"kerjasama si BISU,si PEKAK dan si BUTA'...
bagaimana ketiga-tiga golongan orang kelainan upaya ini bekerjasama untuk menghasilkan sebuah lukisan
seperti ini...

cuba bayangkan bagaimana cara si bisu menyampaikan maklumat terperinci 
yang perlu dilukis kepada si pekak
dan apabila si pekak menerima maklumat, si pekak pula akan memberitahu kepada si buta 
apa yang perlu si buta lukis
bagaimana keadaan itu??
berjaya atau tidak mereka ini menyempurnakan tugasan itu..

 pemegang watak si buta


tugasan itu akan berjaya jika..
mereka bekerjasama antara satu sama lain
mereka perlu saling melengkapi 
kekurangan seseorang itu boleh diatasi dengan kelebihan yang dimilki oleh orang lain
jangan anggap kekurangan itu satu penghalang tetapi sebagai satu kekuatan dan motivasi untuk terus maju..an bersabar dalam menghadapi sesuatu
jangan mengalah sebelum mencuba

mungkin tidak sesempurna atau secantik yang dilukis orang yang boleh melihat
tapi mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi




You cannot make your future perfect if you carry the past to the future, instead learn a lesson from it

No comments:

Post a Comment