Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2011

Jumaat yang indah

syukur alhamdulillah...bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini...sememang bukan mudah untuk bernafas sebagai seorang hamba dan seterusnya menjadi khalifah di muka bumi ini..maka,lebih baik membaiki diri sedikit demi sedikit tapi istiqamah...
dan biarlah  ianya datang dari lubuk hati kita sendiri...
tapi ingatlah,kematian itu tidak mengenal usia..
apa yang menakutkan kita adalah apabila meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat..
sesungguhnya hari Jumaat ini penghulu segala hari
jadikan hari Jumaat ini sebagai hari permulaan kita untuk berubah
keran menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa 
kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa
 
dan hari Jumaat selalu mengingatkan aku tentang kenangan2 zaman sekolah..
aku bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk menikmati saat-saat itu...
usrah...tazkirah bersama ustazah..membaca surah al-kahfi dan lain-lain
sesungguhnya aku rindu dengan semua itu..

jika dibandingkan dengan hari ini..
aku sering kali alpa dengan dengan kesibukan duniawi..
sehingga aku lupa akan kemuliaan hari Jumaat.. 
 
ketahuilah...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

maka,bersama-sama kita merebut peluang yang ada...
jadilah umat islam yang bukan sekadar nama semata2..
peringatan ini adalah untuk semua termasuk diri yang selalu leka ini..
dan lecturer koko saya selalu ingatkan kami betapa besarnya peranan doa dalam hidup kita
maka berdoalah kita agar diteguhkan iman dengan Islam
walau beribu halangan mendatang dalam hati
hanya pada Allah kita taati..
dan dalam sujud mohonlah taubat padaNya
mohon diampunkan segala dosa ..
 
islam is always within ME..


 


2 comments:

  1. ala,senang je nak teka...blajar kat usm,main bola tampar,duduk selangor...mesti kak yan ni..=))

    ReplyDelete