Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

Kesakitan yang melanda..

inilah akibat jika main tak ingat dunia..
sememangnya seronok apabila dapat bersuka ria dgn kawan -kawan..
dan saya sangat excited sebab masuk pertandingan futsal bersama2 classmates tercinta..
serius,bila da start maen da tak ingat ape da..
kalau jatuh,jatuhla..x sempat pulak nak fikir kalau da jatuh mesti sakit nanti..
paling penting lupa yang minggu ni,kami ade mid-term tests..

maka sekarang saya mengalami kesakitan yang amat sangat
terutamanya,sakit belakang..
dan kedua-dua belah kaki penuh dengan lebam2..
dan disebabkan benda ni semua atas kerelaan diri sendiri,
maka lebih baik diam2 sahaja

 

tapi saya sedar dan teringat tentang sesuatu..
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

pasti ada hikmah disebalik  ujian Allah ini buat saya..
sebab saya selalu dengar :


Kalau Allah sekali-sekala sakitkan kita, 
sudah tentu ada maksud yang baik dari Allah. 

mungkin dengan memberi kesakitan,
sebenarnya Allah hendak hapuskan dosa2 kita yang menggunung tinggi ..

mungkin juga Allah mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita..
dan biasanya bila kita sakit barulah  kita teringat akan  kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, 

dengan memberi kesakitan  Allah juga mahu kita merasai sama penderitaan orang lain
agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. 

Allah juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya..
kerana biasanya bila sakit barulah kita teringat padaNya..
barulah laju mulut untuk menyebut nama Yang Maha Esa...


akhir kata,kita mesti percaya  yang Allah telah aturkan yang terbaik buat kita
kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali 
menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. 
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita..

p/s:doakan saya sabar menghadapi semua ini dan doakan saya berjaya dalam ujian2 utk mid-term ni...

No comments:

Post a Comment