Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 24, 2011

Kesakitan yang melanda..

inilah akibat jika main tak ingat dunia..
sememangnya seronok apabila dapat bersuka ria dgn kawan -kawan..
dan saya sangat excited sebab masuk pertandingan futsal bersama2 classmates tercinta..
serius,bila da start maen da tak ingat ape da..
kalau jatuh,jatuhla..x sempat pulak nak fikir kalau da jatuh mesti sakit nanti..
paling penting lupa yang minggu ni,kami ade mid-term tests..

maka sekarang saya mengalami kesakitan yang amat sangat
terutamanya,sakit belakang..
dan kedua-dua belah kaki penuh dengan lebam2..
dan disebabkan benda ni semua atas kerelaan diri sendiri,
maka lebih baik diam2 sahaja

 

tapi saya sedar dan teringat tentang sesuatu..
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

pasti ada hikmah disebalik  ujian Allah ini buat saya..
sebab saya selalu dengar :


Kalau Allah sekali-sekala sakitkan kita, 
sudah tentu ada maksud yang baik dari Allah. 

mungkin dengan memberi kesakitan,
sebenarnya Allah hendak hapuskan dosa2 kita yang menggunung tinggi ..

mungkin juga Allah mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita..
dan biasanya bila kita sakit barulah  kita teringat akan  kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, 

dengan memberi kesakitan  Allah juga mahu kita merasai sama penderitaan orang lain
agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. 

Allah juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya..
kerana biasanya bila sakit barulah kita teringat padaNya..
barulah laju mulut untuk menyebut nama Yang Maha Esa...


akhir kata,kita mesti percaya  yang Allah telah aturkan yang terbaik buat kita
kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali 
menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. 
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita..

p/s:doakan saya sabar menghadapi semua ini dan doakan saya berjaya dalam ujian2 utk mid-term ni...

Saturday, October 22, 2011

Saya da sampai,anda bila lagi???


akhirnya,salah satu aktiviti dalam perancangan masa panjang saya telah tercapai..
sememangnya niat untuk menawan Broga sudah lama tersemat di hati..
maklum la, sebelum ini perasaan cemburu sangat membuak2 apabila melihat orang lain meng'upload' gambar puncak bukit broga..
dan sekarang,tibalah giliran saya...=))

 walaupun pendakian ke bukit broga ini sememangnya tidak rancang,
tiada persediaan mental dan fizikal pada mulanya..
namun,kami bertiga (saya,fasya n dyra) tewas dengan pelawaan si Alang..
maka kami lupa akan kerja2 yang menanti untuk disiapkan..
 alhamdulillah,saya sangat berpuas hati dan sungguh gembira sekali
walaupun letih ,ia sangat berbaloi..

jadi,saya ingin memperkenalkan ahli2 rombongan

 
 1.paling pasti itu saya..jelas muka sangat teruja 
2.dyra..teman sebilik,serumah dan sekelas..
3.kak lang @amalina awi... girlfriend alang..manis bangat orangnya..
4,5,6.ketiga-tiga orang itu kawan si Alang ,x sempat pulak nk berkenalan kerana kesesakkan nafas apabila mendaki bukit broga.
7.fasya,kawan sebilik ,serumah n sekelas..alala,comeynya wat muka mcm  tu..
8.yang itu,kawan si Alang juga..


9. alang @ Firhat..watak utama kerana berjaya membuat kami terdorong utk
menawan bukit broga ni..
jadi,setelah dikira2..maka jumlah ahli rombongan ade 9 org semuanya..
 
apa yang boleh saya katakan..broga sangat best..
udara yang nyaman dan terasa sangat tenang di sana..
hilang stress dalam badan ni..
dan juga pemandangan yang sungguh indah ..
patutlah Sheikh Muszaphar dan Dr.Halina pun  sanggup buat photoshoot kat atas sana..
 
wajah2 kegembiraan =))
 

maka,jika ada kelapangan sila bawa diri anda ke puncak Bukit Broga 



Friday, October 21, 2011

Jumaat yang indah

syukur alhamdulillah...bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini...sememang bukan mudah untuk bernafas sebagai seorang hamba dan seterusnya menjadi khalifah di muka bumi ini..maka,lebih baik membaiki diri sedikit demi sedikit tapi istiqamah...
dan biarlah  ianya datang dari lubuk hati kita sendiri...
tapi ingatlah,kematian itu tidak mengenal usia..
apa yang menakutkan kita adalah apabila meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat..
sesungguhnya hari Jumaat ini penghulu segala hari
jadikan hari Jumaat ini sebagai hari permulaan kita untuk berubah
keran menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa 
kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa
 
dan hari Jumaat selalu mengingatkan aku tentang kenangan2 zaman sekolah..
aku bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk menikmati saat-saat itu...
usrah...tazkirah bersama ustazah..membaca surah al-kahfi dan lain-lain
sesungguhnya aku rindu dengan semua itu..

jika dibandingkan dengan hari ini..
aku sering kali alpa dengan dengan kesibukan duniawi..
sehingga aku lupa akan kemuliaan hari Jumaat.. 
 
ketahuilah...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

maka,bersama-sama kita merebut peluang yang ada...
jadilah umat islam yang bukan sekadar nama semata2..
peringatan ini adalah untuk semua termasuk diri yang selalu leka ini..
dan lecturer koko saya selalu ingatkan kami betapa besarnya peranan doa dalam hidup kita
maka berdoalah kita agar diteguhkan iman dengan Islam
walau beribu halangan mendatang dalam hati
hanya pada Allah kita taati..
dan dalam sujud mohonlah taubat padaNya
mohon diampunkan segala dosa ..
 
islam is always within ME..


 


Sunday, October 2, 2011

learn something new every day

 alhamdulillah...selesai sudah menghadiri modul kedua..
untuk pengetahuan semua,
sebagai pelajar UiTM kami dikehendaki menghadiri 
LDK(latihan dalam kumpulan) ini satu sesi setiap semester
mungkin LDK ini diamalkan juga di IPTA dan IPTS yang lain..itu saya tidak pasti..
lain universiti,mungkin berbeza caranya..
tapi,bagi kami...ia adalah WAJIB..
wajib untuk melengkapkan kesemua modul disediakan..

tapi bagi saya ia bukan sekadar kewajipan sebagai seorang pelajar semata-mata..
LDK ini banyak memberikan pengetahuan baru kepada saya..
dan kerana modul kali ini saya  baru sedar yang betapa 
berTUAH dan BESARnya tanggungjawab saya sebagai pelajar UiTM
sememangya sebagai pelajar UiTM kami bertuah..
bertuah sebab yuran pengajian kami sangat murah berbanding IPT yang lain
tetapi saya tidak sedar berapa banyak duit rakyat yang telah saya gunakan 
untuk menampung separuh daripada yuran pengajiansaya selama ini
maka ,besar tanggungjawab saya dalam memegang amanah rakyat
mungkin saya tidak tahu duit individu mana yang telah saya gunakan
tapi saya tahu yang saya ada tugas besar yang akan menanti
saya perlu menyumbang dan memberi sumbangan kepada masyarakat..

dan di sini saya nak berkongsi salah satu aktiviti yang terdapat dalam modul ini
"kerjasama si BISU,si PEKAK dan si BUTA'...
bagaimana ketiga-tiga golongan orang kelainan upaya ini bekerjasama untuk menghasilkan sebuah lukisan
seperti ini...

cuba bayangkan bagaimana cara si bisu menyampaikan maklumat terperinci 
yang perlu dilukis kepada si pekak
dan apabila si pekak menerima maklumat, si pekak pula akan memberitahu kepada si buta 
apa yang perlu si buta lukis
bagaimana keadaan itu??
berjaya atau tidak mereka ini menyempurnakan tugasan itu..

 pemegang watak si buta


tugasan itu akan berjaya jika..
mereka bekerjasama antara satu sama lain
mereka perlu saling melengkapi 
kekurangan seseorang itu boleh diatasi dengan kelebihan yang dimilki oleh orang lain
jangan anggap kekurangan itu satu penghalang tetapi sebagai satu kekuatan dan motivasi untuk terus maju..an bersabar dalam menghadapi sesuatu
jangan mengalah sebelum mencuba

mungkin tidak sesempurna atau secantik yang dilukis orang yang boleh melihat
tapi mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi




You cannot make your future perfect if you carry the past to the future, instead learn a lesson from it

Saturday, October 1, 2011

ATTITUDE....is a LITTLE thing that makes a BIG difference

kenapa ye susah sangat nak buang sampah ke dalam tong sampah???
mungkin sebab da TERbiase buat ,tapi cuba la fikir balik
kalau semua orang berpendapat dan berperangai sebegitu rupa
apa akan terjadi kepada dunia ini nanti..
kalau hal sekecil-kecil sampah x boleh nak diuruskan,macam mana nak pikul tanggungjawab atau tugasan yang lebih besar ..

mungkin ade yang akan bagi pendapat macam ni
"susah la nak jumpa tong sampah" ataupun "lecehnye..tong sampah tu jauh sangat"
pendapat aku pulak
"kalau korang tak nak susahkan diri korang pun , tolong la jangan susahkan orang lain"

kali ni aku nak luahkan perasaan aku yang sangat sangat geram bila melihat
keaadaan kelas yang sangat kotor..
nasib baik hari tu kitorang masuk kelas awal sebab time lunch hour
maklumla,sekarang ni kitorang rajin stay kat fac sebab da jadi budak NR..
x kan gap 1-2 jam nak balik rumah sewakan..
Ya Allah,kelas yang kitorang masuk tu sangat la kotor..
macam2 benda bertaburan kat lantai,bawah meja...
rasanya kat luar kelas tu ade je tong sampah..
apa yang peliknya ,dekat dinding depan kelas tu ade je benda ni tertampal..



x perasan ke si pembuang sampah terhadap sign board ni???
ataupun x faham apa yang tertulis kat situ..
 dan mungkin juga mereka lupa bahawa kebersihan itu separuh daripada iman
yang peliknya macam mana dorang boleh belajar dalam keadaan yang seteruk itu???

 dan kami mengambil inisiatif untuk membersihkan kelas tersebut
x sanggup rasenya nak belajar dalam keadaan yang kotor tu..
lihatlah betapa banyak peninggalan mereka..
apa yang ingin aku tekankan,sahsiah melambangkan peribadi..
kalau dorang x kisah untuk membuang sampah merata-rata,
cuba bayangkan bagaimana keadaan bilik mereka..fikir-fikirkan...
x guna la kalau muka cantik,pandai bergaya
tapi kalau pasal kebersihan pun x boleh nak uruskan
hilang lawa dan seri kat muka tu....

yang baik itu jadikan pengajaran
yang buruk itu jadikan sempadan....