Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

Beribu sesalan...

time lost cannot be recalled
itu yang aku mampu katakan..
dan sekarang baru aku rasakan yang masa yang telah berlalu tu sgt jauh dengan aku
aku kesal ..kesal atas perkara yg telah terjadi..
geram kerana itu bukan kesalahan yang aku sengaja lakukan..
tapi aku belum mampu untuk pasrah atas nasib aku ini

aku akan cuba berjuang untuk membetulkan kesalahan itu
berjuang untuk mendapatkan hak yang sepatutnya
jika usaha itu tidak cukup untuk satu perubahan
aku redha..mungkin itu takdir untuk aku..
tapi yang pasti..
aku harap kesalahan itu tidak akan berlaku lagi..
biar pengalaman aku menjadi pengajaran..
dan pesanan aku kepada semua..
jika anda tidak tahu,katakan sahaja anda tidak tahu..
jangan biarkan orang lain menerima akibat daripada perbuatan anda..

sememangnya hari ini akulah orang teraniaya..
dan sesungguhnya doa orang teraniaya itu akan dimakbulkan..
semoga doakan aku akan termakbul..
dan sesiapa yang membaca...
mungkin anda tidak faham apa yang ingin aku katakan..
cukuplah jika anda dapat rasakan apa yang aku rasa..
doakan aku berjaya dalam memperjuangkan hak aku..




Sunday, April 24, 2011

BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

ketika awal pertemuan..
pelbagai tarsiran yang ku berikan kepada individu-individu yang tidak ku kenali..
seperti kata orang tua-tua...x kenal maka x cinta
dan kawan ku pula menokok tambah..sudah kenal jangan jatuh cinta..
akhirnya,salam persahabatan antara kita bersambut..
kita mula bertegur sapa ..bergurau senda penuh mesra...
 masa terus berlalu..
sungguh riang saat kita ketawa..
walaupun sesekali emosi kita tercuit..
sungguh semangat kita menimba ilmu
walaupun kadangkala malas menghantui kita
dan sepanjang masa  telah kita lalui bersama..
melalui suka dan duka bersama..
menempuh onak liku...
kalian tetap teman ku..
teman yang sudi menerima siapa aku seadanya
kawan yang sudi menerima baik buruknya aku
sahabat tatkala aku suka dan duka

dan aku pasti
sepanjang pershabatan ini terjalin
pasti aku pernah melakukan kekhilafan terhadap kalian
maafkan aku,wahai kawan..
kerana aku juga insan biasa
yang bisa melakukan kesilapan




 
kawan,sahabat,teman..
kita bersama mengejar angan dan cita2 yang sama
 dan kini
kita bakal menghadapi sebuah peperangan
buat teman seperjuangan..
 
 

semoga kita seiring dan sejalan
menju ke puncak kejayaan
semoga berjaya sahabat-sahabatku..
doakan kita semua bakal memperolehi kejayaan atas usaha yang telah kita usahakan..
selamat menduduki final exam..
man jadda wa jada
siapa yang berusaha dia yang berjaya


akhir kata..saya sayang semua kawan2 saya
tanpa kalian hidup indah ini tidak indah..
moga persahabatan antara kita membawa kita ke syurga..

 

tahniah...

jika sudah jodoh..
ASHRAF MUSLIM DAN NOOR DAYANA

tahniah buat Ashraf Muslim dan pasangannya , Noor Dayana...
semoga hubungan kalian berdua sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya...

khabarnya ,kemungkinan...
1 Syawal menjadi pilihan..
pasti lebaran tahun  ini lebih bermakna buat kalian berdua..
Mekah, tanah suci bakal menjadi saksi pernikahan mereka..
semoga kalian bakal melayari sebuah perkawinan yang indah..
hidup bahagia sepanjang hayat..
dan paling penting hubungan ini bakal membawa kalian ke syurga..
insyaAllah...





Friday, April 22, 2011

takdir itu

sesungguhnya Allah yang maha berkuasa..
segala ketentuan ditanganNya..
siapakah kita untuk melawan untuk melawan perancanganNya..
sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..

jika saat ini tiada siapa yang tahu apa yang kita rasa,ingatlah Allah tahu..
jika saat ini hati kita sedang menangis,mungkin orang lain tidak tahu kita sedang berduka..
jika saat ini hati kita sedang resah ,mungkin orang lain tidak tahu kita sedang kegelisahan..
jika saat ini hati kita sedang gembira,mungkin orang lain tidak tahu kita sedang bahagia..
biarlah orang lain tidak tahu apa yang
kita rasa..
kerana apa yang penting Allah tahu..
kerana Allah yang menentukan segalanya..
dan kita tidak perlu bimbang..
sesungguhnya Allah itu maha Adil..
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita pada saat ini...dan hari esok..
dan segala takdir daripada Allah ada hikmahnya..
sekira hari ini kita diberi ujian olehNya..terima la dengan hati yang terbuka dan mohonlah pertolongan daripadaNYa..
sekira hari ini kita diberi kesenangan olehNya..terima dengan hati yang gembira dan sujudlah kesyukuran kepadaNYa...

dan andai itu takdir ku..
aku rela menghadapinya...aku redha dengan ketentuanMu..
kerana aku tak terdaya untuk melawannya..
namun aku sentiasa berharap dan berdoa..
agar ada sinar baru yang bakal mengindahkan duniaku..
aku bermohon kepadaMu 
agar takdirMu membawa ku ke syurga...
dan berikanlah aku petunjukMu untuk aku meneruskan perjalanan ini.....




Monday, April 11, 2011

KISAH si rama-rama

sebenarnya da lama syakirah suke dgn rama2 ni..
itu lumrah manusia..manusia sukakan kecantikan..
dan rama-rama itu kelihatan cantik pada pandangan mata ini..
maaf kalau ade yang x setuju dengan pendapat aku ini..
kerana kecantikan itu bersifat subjektif..
dan cara kita mentafsirkan sesuatu perkara juga berbeza..
sebab itu,lain orang lain pendapat..

hari ini..apabila duduk bersendirian di bilik..
masa dihabiskan menghadap lappy kesayangan..
benar kata orang orang,kadang2 bersendirian itu indah..
namun,tiada niat dihati untuk bersendirian selama-lamanya..
kembalilah wahai rumate2 ku..

hari ini seperti biasa..berjalan2 di alam maya..
sudah menjadi rutin untuk aku membaca blog2 yg menarik..
dan kali ini aku tertarik dengan satu entry..
teringin sekali untuk berkongsi bersame kawan2..
kisah rama-rama dan wanita...
sape rase  tertarik ,sila tekan kat atas tu..

cantik blog ni..sangat kemas...
 

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

DR.HM TUAH

~Semoga kita semua berada dalam kelompok rama-rama yang sukar dipegang melainkan oleh orang yang telah ditakdirkan Allah buat kita..serta mengigatkan insan pada al-Khaliq..bukan kelompok rama2 yang hanya indah dipandang namun sudah jatuh nilainya..waLlahualam..






Sunday, April 3, 2011

satu perkongsian

minggu ni syakirah balik rumah lagi..
pada mulanya,da nekad x nak balik rumah..malas..takut x buat keja kalau balik rumah..
ye betul..kita hanya mampu merancang..tanpa diduga,habis je kelas csc ,kemas2 barang..
terus naik bas dengan leya dan syakila ke kl sentral..
seronok dapat balik..seronok lagi kalau balik sendiri.
syakirah memang macam ni..sejak zaman sekolah lagi..
bila dapat balik wajib,mesti nak balik ngan kwan2..hehe,kadang2 pujuk jugak abah suruh amik..
sebab ape suka balik sendiri??sebab boleh melencong pergi mane2 dulu sblm smpai rumah..

hari jumaat lepas..balik rumah sendiri lagi..smpai kl sentral masih lagi bertiga..
smpat lagi kami makan bersame..kemudian membawa haluan masing2..
syakila balik ke putrajaya..leya balik ke keramat..
dan aku meneruskan perjalanan ke batang kali..
komuter sangat sesak hari tu..
tapi aku seronok ..seronok melihat gelagat manusia..
ade yang keletihan..baru pulang daripada kerja,sekolah atau mungkin membeli-belah..
kadang2 kita boleh belajar dari pemerhatian..
aku sangat tertarik dengan seorang kanak2 india..sangat gigih dia membaca sebuah cerita dlm bahasa inggeris..sungguh petah..langsung x menghiraukan org disekeliling..ramai memerhati dan terpegun..
aku dapat lihat kebanggaan daripada wajah ibunya.. 
 aku terasa kerdil dengan budak berumur 8 tahun itu..

kemudian,sementara aku menunggu tren dari rawang ke batang kali..
aku disapa oleh seseorang..seseorang yang boleh ku gelar adik..
daripada uniform sekolahnya,aku da tahu sekolahnya..
munirah,pelajar baru form 4 smapk..
salam perkenalan bersambut..
sempat kami berkongsi cerita..cerita pengalamannya berada di sekolah baru..
ya,aku juga ade pengalaman yang sama tapi x serupa..
kenape??
sebab ape yang dialaminnya ketika form 4 telah aku lalui ketika form 1..
ape yang mampu aku kongsikan..
abaikan sahaja jurang yang ade dgn pelajar yg lame..
memang sudah lumrah mereka begitu..aku juge pernah jadi sebahagian dari mereka..
tapi akhirnya,kita tetap same..punya misi yang serupa..
tidak siapa yang lebih hebat kerana kita semua bukan sempurna..
ape yang membezakan kita adalah usaha..
kerana kejayaan itu datang dari orang biasa yang berusaha secara luar biasa..
dan dunia ini hanya satu persinggahan..
itu yang kita selalu lupa..kerana terlalu mengerjakan hal-hal duniawi..
kita lupa untuk mencari bekalan utk ke sana...
kita sedar akan kematian ..tapi kita tidak bersedia utk mengahadapinya..

semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjalanan hidup kita..